Heboh! Desain Pakaian dari Ikan Mentah
Kemampuan individu wanita ini dalam merancang busana-busana unik atau tidak biasa sudah tidak asing lagi.
POSBELITUNG.COM - Nama Sarah Louise Bryan bikin ramai dalam kalangan fesyen. Kemampuan individu wanita ini dalam merancang busana-busana unik atau tidak biasa sudah tidak asing lagi.
Wanita yang berasal dari Wakefield, England ini pernah membuat sensasi dan menularkan 'virus' uniknya karena mendesain pakaian dari gula-gula Skittles dan juga bulu ari-ari.
Terbaru, Sarah menampilkan karyanya yaitu pakaian dari ikan mentah.
Laporan portal Berita Mediacorp mengutip Daily Mail disebutkan ibu dua orang anak ini, mengaku hampir muntah saat menyiapkan rekaan ‘gila’ tersebut,
Desain terbaru tersebut adalah sebagai percobaan mereka sesuatu yang lebih gila berbanding yang pernah dicipta sebelum ini.
“Semua orang menantikan sesuatu yang lebih menjijikkan dan inilah yang paling menjijikkan.
“Apabila saya pulang ke rumah saya tidak dapat menghilangkan bau hanyir dan berasa agak loya sejak itu. Saya rasa saya akan berhenti makan ikan buat sementara waktu.”
Idea gila itu kata Sarah memerlukan perancangan berbulan-bulan untuk dihasilkan dan berjaya disiapkan dalam masa lima jam menggunakan 100 ekor ikan bawal, ikan kakap, ikan kembung dan sotong yang diperoleh dari kedai di kawasan kejiranannya.

PAKAIAN DARIPADA GULA-GULA SKITTLES (KIRI) DAN BULU ARI-ARI (KANAN).
Pakaian itu kini disimpan di dalam bilik beku di kedai berkenaan yang terletak di Ossett, Yorkshire.
Penghasilan pakaian daripada ikan mentah itu merupakan salah satu inisiatif yang dilakukan oleh Sarah untuk memberi kesedaran kepada para nelayan bagi mengelakkan pembaziran makanan atau bahan mentah. (MYNEWSHUB.CC)
:quality(30):format(webp):focal(0.5x0.5:0.5x0.5)/belitung/foto/bank/originals/pakaian-dari-ikan_20161222_125246.jpg)
